Masjid dibakar.

⏺ Sebuah lagi masjid dibakar di Kedah

ALOR SETAR: Sebuah lagi masjid cuba dibakar individu tidak bertanggungjawab di negeri ini, menjadikannya keseluruhannya tiga masjid menjadi sasaran perbuatan khianat itu.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi semalam, bahagian tingkap Masjid Tok Keling, Alor Mengkudu, di sini cuba dibakar suspek sehingga menyebabkan kerosakan kepada kompresor pendingin hawa yang disambar api.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata laporan berkaitan insiden itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar oleh orang awam pagi tadi.

“Kedudukan Masjid Tok Keling hanya dua kilometer dari dua lagi masjid yang dilaporkan terjejas dalam kejadian serupa semalam.

“Kita sudah menghantar anggota Unit Forensik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam, permaidani di ruang solat utama Masjid Kampung Rambai dan Masjid Pendang dibakar sekurang-kurangnya dua lelaki sebelum disedari jemaah yang datang untuk solat Subuh.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang dilakukan.

Zainuddin berkata, suspek terbabit sudah direman bermula hari ini sehingga 19 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia bebas dari pengaruh dadah. Kita percaya dapat menyelesaikan kes khianat ke atas tiga masjid ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/595852/sebuah-lagi-masjid-dibakar-di-kedah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s